Akhirnya dapat balik rumah doh!
Sumpah begitu ketahian ya minggu taaruf di Gombak!
Ayah hanatarkan lepas tu terus balik emandangkan beliau perlu bergegas atas urusan pekerjaan.
Mak pula ke Kuantan.
Jadi saya menjadi seorang yang begitu berdikari.
Sungguh membanggakan!
Heh.
Hari pertama:
Daftar mahallah,
ambil kunci,
masuk bilik terus kemas barang ke dalam almari.
Bilik ada lapan orang.
Dibahagikan kepada beberapa bahagian dan satu bahagian dua orang.
Teman sebahagian saya bernama Liyana mengambil kursus yang serupa dengan saya.
Bergegas ke dewan selepas zohor,
bermulalah sesi taklimat yang membosankan yang berterusan dan berhenti seketika untuk makan malam dan solat maghrib,
tidak dobenarkan pulang ke tempat penginapan untuk mandi,
sungguh busuk seperti haram,
taklimat bersambung sehingga ke jam 11.30 malam,
pulang ke bilik pada jam 12 malam,
mandi pada jam 1.30 pagi ketika tiada orang di dalam bilik mandi (saya sungguh berani!),
berjaya tidur pada jam 2 pagi,
terdapat seekor kucing masuk ke dalam bilik melalui tingkap dan meluahkan kata-kata cinta sehingga saya terjaga dan tidak ampu umtuk tidur kembalik kerana begitu terharu.
Hari kedua:
Bangun pada jam 4.30 untuk ke masjid untuk solat subuh berjemaah atas arahan,
solat subuh yang diimamkan oleh tok imam yang membaca surah begutlah sangatnya panjang sehingga saya sempat tidur ketika berdiri,
Sarapan pagi bihun goreng ala-ala getah,
dimasukkan ke dalam dewan untuk mendengar taklimat yang sungguh mengasyikkan sehingga saya dapat menyambung tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya (saya mengalami kesakitan di kepala yang membuatkan saya mampu tidur selam satu jam),
taklimat dan taklimat dan taklimat lagi,
persemabhan kebudayaan pada sebelah malam yang sungguh mengasyikkan,
say jatuh cinta kepada abang yang main ketuk-ketuk apa bendalah tulah,
saya juga suka akan bunyin-bunyian daripada gamelan dan angklung,
cak cak lempang sungguh menarik,
balik ke bilik pada jam 12 malam,
mando pada jam 12.40 pagi,
tidur.
Hari ketiga:
Sama sahaja seperti hari-hari yang sebelumnya cuma bezanya malam itu saya tidur di masjid,
sungguh busuk,
ya kami semua yang tidak mandi tidur beramai-ramai bersama-sama.
Hari keempat:
Pagi ada qiyammulail,
tapi saya bangun agak lambat jadi tidak sempat menyertai,
oleh hal yang demikian saya sekadar solat subuh,
heh,
kami diarahkan untuk emmakai pakai sukan,
akan tetapi aktivitinya sekadar mendengar taklimat (???),
pendaftaran kursus beramai di makmal komputer,
malangnya saya tidak dapat mendaftar dua subjek wajib akibat kelas yang sudah penuh,
pulang ke balik pada tengah hari,
makan dan mandi,
kembali ke dewan untuk sesi bai'ah,
sesi malawat kampus,
makan,
melepak di bilik Amy sambil bergurau senda bersama Wanee dan Bella,
pulang ke bilik,
tidur.
dan kini saya berada di rumah,
Salsabila tercinta menjemput saya dan membawa saya pergi makan di Domino's Pizaa,
hehe...
1 comment:
ey takot nye nk taaruf. takotnye nk msok gombak!
Post a Comment