Oleh hal yang demikian,
aku ingin mengpos satu pos untuk bulan yang penuh keberkatan ini.
Erm...
Lagi berapa hari?
Tiga hari lah lebih kurang.
Jadi...
Kenalah mula merancang aktiviti.
Takut nanti macam hilang arah pula.
Lepas tu nanti sibuk buat alasan sebab penat puasa.
Lepas tu nanti sibuk buat alasan sebab penat puasa.
Tskkk...
Baiklah.
Sudah aku khabarkan kepada kedua ibu bapa bahawasanya aku mahu berulang alik dari kampus ke rumah sebab yelah.
Hal makan lah apa lagi.
Nanti nak berbuka macam leceh sebab makan di Mahallah Safiyyah tu serius hampeh.
Memang ntah apa-apa gila!
Maggi goreng kicap dan nasi goreng kuali memang menu istimewa!
TSK!
Tak sanggup wei!
Berbuka tu satu.
Ni sahur ni...
Ha.
Lagilah!
Dulu masa di Nilai sekurang-kurangnya kami ramai.
Jadi tidaklah macam terasa sangat sengsara dia.
Walaupun sahur kadang-kala sekadar meneguk segelas air kosong.
Sebenarnya...
Aku tiadalah begitu suka dengan perancangan yang sebegini sebab macam menyusahkan mak dan ayah.
yela.
Nak kena hantar jemput setiap hari selama sebulan.
Pergh.
Lama tu doh...
Kalau boleh memang nak berdikari.
Yela.
Aku ni pun selalu taksub benar nak buktikan yang aku ni dah besar.
Dah boleh bawa diri.
Tapi...
Apabila memikirkan soal makan kat Gombak tuuu...
Aduhhh...
Lemah semangat!
Hari-hari biasa pun aku dah rasa macam nak gila.
Inikan pula bulan puasa nanti.
Haih haih.
Ingat lagi masa di Nilai dulu.
Bangun-bagun sahur je perkara pertama mesti aku fikir berbuka nanti nak makan apa.
Kalau rajin pergilah bazar kat Nilai Petak tu.
Taklah meriah mana pun tapi kurang-kurang adalah juga.
Tak pun makan nasi lemak ayam kat depan Convi tu ha.
Tak pun memang seronok makan nasi kerabu tahap tamak haloba Kak Ant yang memang sedap gila tu!
Hujung minggu je memang sah-sah lah balik rumah sebab nak berbuka kat rumah.
Sahur pula kadang-kandang kalau rajin ikut Kak Menn dan sekutunya pergi sahur kat Bondi tu ha.
Sanggup je bangun.
Itu pun kalau rajin.
Rasanya sekali dua je aku ikut sebab memang taklah aku nak bangun pagi-pagi buta tu nak kena tukar baju siap-siap nak keluar.
Nak bangun pun liat!
Heh.
Tapi semua tu pengalaman.
Pertama kali aku tak berpuasa kat rumah.
Masa tu terasa macam dah besar je.
Haha.
Lagi satu.
Kalau boleh bulan puasa ni aku nak merasa berbuka dengan kawan-kawan B.2.2.2...
Tapi...
Haih.
Ntahlah.
Dan yang pasti aku naaaaakkk sangat berbuka dengan Salsabila.
Aduh aduh aduh.
Nak nak nak!
Ha...
Bulan puasa ni juga aku bercadang untuk memulakan perlaksanaan tugasan aku.
Mula buat assignment lah kiranya untuk kelas Incik Shamsul Anuar tu.
Tolonglah kuatkan diri wahai diri.
Jangan sekadar kata-kata sahaja!
Dan...
aku juga sangat berharap bulan puasa ni juga aku mampu merubah diri...
menjadi lebih baik.
Jaga tutur kata, jaga emosi, jaga amarah, jaga nafsu, jaga pandangan.
Pendek kata.
Menjaga semua yang patut kena jagalahkan.
Harap-harapnya terlaksana. :)
Semoga bulan yang mulia ini mampu membawa sinar keberkatan kepada kita semua umat manusia. :)


2 comments:
haha comel je entry. kau buat aku rindu zaman puase kt nilai. tiada tandingan kn? haha dan aku pn masih takut mcm mne nk puase dkt pj ni. hadoii
yup!
haiihhh.
rindu laaaahhh!!!
tula.
aku ni pun bersyukur sbb rumah mmg dekat.
kalau tak.
tak tau la aku mcm mana fika.
mmg tiap2 hr berbuka berjamukan air mata lah jwbnyaaa...
Post a Comment