Tuesday, September 21, 2010

077

Selasa 4:17 pagi.

Masalah baru.
Tak boleh tidur.
Siang nanti mula lah mood macam haram.
Ya ya sahaja buat research paper berkenaan sleep deprivation.
Rupa-rupanya diri sendiri yang kronik.

Oh ya.
Bukan aku menjauhkan diri daripada sesiapa.
Bukan juga aku membenci sesiapa.
Cuma kenyataannya sekarang ini aku lebih enak bersendiri.
Dengan diri aku.
Dengan cara aku.

Tolonglah jangan lemparkan kata-kata sindiran.

Ya mungkin daripada raut wajah aku tidak menampakkan yang perasaan aku dijentik.
Ya mungkin aku seorang yang meletakkan telingaku dalam ruang kalis bunyi.
Tapi ketahuilah oleh kau bahawasanya akan ada ketika ruang itu terbuka dek kerana aku sekadar seorang manusia yang tidak mampu untuk mengawal kekedapan itu.

Mungkin aku kelihatan kasar pada pandangan mata kau.
Ya aku akui aku tidak segemalai rakan-rakan kau yang lain.
Ya tutur kataku tidaklah selembut mana.
Dan ya aku hanyalah sekadar seorang perempuan yang ada ketikanya dirasuki rasa sensitif.
Dan ya aku tidak gemar untuk mempamerkannya.
Dan ya sebab itulah aku lebih banyak mengahabiskan masa aku dengan diriku sahaja.
Aku tidak mahu menyakiti kamu semua teman-teman dengan kata-kata yang terungkap dari bibir yang pastinya berbaur sindiran yang menusuk.
Aku mengenali diri aku.


Kau kawan aku.
Ya kau kawan aku.
Walaupun tidaklah serapat mana kerana wujudnya jurang yang halimunan daripada pandangan mata kita.
Tapi aku tahu.
Kau juga sedar akan hakikat itu.
Bukan aku terlampau memilih kawan.
Tapi aku dan diriku tidak begitu selesa dengan cara kau.
Mungkin lingkungan pergaulan kita berbeza.
Tapi kau tetap kawan aku.
Ya.
Kawan.
Bukan sekadar kenalan.

*oh emosiku pincang!*

No comments: