Hari ini hari Ahad esok hari Isnin.
Siang tadi aku teman mak pegi melawat wan kat rumah Pak Tua.
Sumpah sedih aku tengok kondisi wan.
Haih.
Macam tulah nasib kita semua bila usia dah memakan diri.
Wan umur dah 90.
Alhamdulillah panjang umur.
Aku tanya mak.
wan kena strok lagi ke.
Mak cakap tak.
Wan mula-mula batuk.
Pastu mulut kena ulcer macam penuh satu mulut.
Lepastu sakit lah mulut tak boleh makan semua.
Badan pun jadi lemah.
hantar masuk hospital.
Mak cakap empat hari wan ditahan di hospital.
Mak jaga dua hari.
Lagi dua hari tu mak cakap wan seorang diri je.
Sepanjang wan di rumah pak Tua ni pun nasib baik lah Kak Ida ambil cuti tolong jaga.
Yela.
Pak tua dan Mak tua pun memang dah tua.
Manalah nak larat nak uruskan mandi makan pakai wan.
Tapi hari ni Kak Ida dah kena balik kerja dia.
Tak tahu lah siapa yang akan uruskan wan.
Kadang-kadang rasa macam tak berguna je aku ni tak dapat nak tolong.
Sebelum ni wan duduk dengan Mak Nab.
Tapi...
Mak Nab disahkan kena kanser usus.
Sekarang tengah dalam rawatan.
Tadi pun Mak Nab ada di hospital Temerloh sebab nak menjalani pembedahan.
Aduh.
Berat sungguh dugaan hidup ni.
Nak dijadikan cerita.
Aku pergi tadi berdua je dengan mak.
Dalam perjalanan balik tu.
Kereta meragam!
Over heating!
Berasap siap!
Tak gila cuak pula la kan aku denmgan mak!
Kami berhenti di bahu jalan.
Takla bahu mana sebab depan tu ada simpang nak pegi Pusat Serenti Karak.
Depan je sikit JPJ.
Tunggu ayah datang.
Tengah menunggu tu,
mula-mula perinda MTD berhenti.
Lepas tu ada lah mamat india kereta penunda ni berhenti pula.
Lepas tu dia pegi call kawan-kawan dia.
datng pula lagi sebuah kereta ada empat orang.
Tiga india seorang melayu.
Pergh.
Cuak siot.
Ayah dah pesan tunggu je dulu ayah datnag kalau ada sesipa datang nak baiki ke apa ke cakap takpa tak payah.
Lepas tu kereta tu bla.
Tak lama lepas tu ada sorang brader ni.
Turun dari kereta dengan baju seluar kesan minayk hitam segala.
Nampknya dia ni mesti orang bengkel.
Dia tanya kenapa semua.
Pastu mak cakap kereta panas bla3 kami tunggu ayah.
Lepas tu ayah pun sampai.
Sejam jugalah kami menunggu ayah nak sampai.
Lepas tu kereta berkenaan ditarik ke bengkel brader tadi tu.
Dia tuan empunya bengkel di Bentong tu ha.
Kami pun beredar pulang ke rumah sesudah hantar kereta rosak itu ke bengkel.
Sampai rumah pun dah nak dekat pukul lapan malam dah tadi.
dan aku balik kampus esok lah nampaknya.
Wahaha.
Bersyukur sangatlah aku teman mak tadi.
Dibuatnya mak sorang-sorang tadi.
Haih.
Tak ke rasa bersalah aku.
Tapi memang panas berpeluh-peluh rasa macam pegi berlari je!
Ceit.
No comments:
Post a Comment