Sunday, October 10, 2010

084

Pergh memang gila aku balik rumah pukul 12 malam!
Memang rasa macam saja saja cari masalh bunuh diri.
dah la ayah ada kat rumah.
Memang gila punya gila!

Awal awalnya perancangannya menuju ke majlis perkahwinan kakak cik Shazlida sahaja.
Yela.
kenduri kawin kan.
Kira tengah hari lah.
Memang rancan pergi bersama dengan Kak Amina dan Kak Anis.
Dok tunggu punya tunggu Kak Amina.
Kami bertolak dalam pukul 3 lebih.
Sebab Kak Amina dari Puchong dan dia pula tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Memang dah gila lambat lah.
Aku dah rasa macam tak nak pergi sahaja.
Tapi bila aku dah macam buat keputusan tak nak pergi tu Kak Amina kata dia dah sampai Gombak dah mahu jemput Kak Anis.
Jadi aku pun sudah alang alang aku pun sudah bersiap.
Pergi lah juga.
Lagi pun mahu bertemu cikPondan dan sudah tentulah Shazlida juga.
Dan Shafika memang taklah nak sempat sebab dia dah balik.
Sudah lah pula kami bertolak lambat,
sangkut pula lagi dalam kesesakan lalu lintas.
Aduh.
Dah samapi Kajang tu kami dok berpusing pusing di tempat yang sama sebab asyik terlepas simpang.
Masa kami sampai itu pun sudah menjangkau jam 6 petang.
Singgah sekejap di dewan apa ntah ambil ambil gambar dengan pengantin, 
kami seterusnya menuju ke rumah Shazlida sebab dewan dah kemas.
Haha.
Kami berehat seketika di rumah Shazlida dan kami bergerak ke Alamanda pula sebab mahu melawat Adilah yang sedang bekerja.
Tapi sebelum tu singgah di rumah Wahidah dahulu untuk menjemput dia.
Kami makan dan gelak gelak dan bercerita topik sama tak sudah sudah.
Dalam pukul  sembilan malam kami bergerak dari Alamanda dan ke rumah kawan Kak Amina pula.
Kami duduk di sana dan bergerak pulang lebih kurang jam 10.40 macam tu.
Sudah kami hantar Wahidah ke rumahnya kami pun teruslah bertolak pulang.
Dan sekali lagi kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. 
Aduh.
Dan memandangkan kami tiba pun sudah jam 12 malam.
Kak Anis dan Kak Amina pun bermalamlah di rumha aku sebab kami masing masing berasa yang mereka akan berhadapan dengan masalah sekiranya mereka pulang ke UIA lagi pula Kak Anis tidak membawa kad matrik.
Haih haih haih.
Dan bahagian yang paling aku rasa macam nak cekik diri sendiri sekarang ni.
Ayah.
Ya aku berani jamin yang ayah sedang sangatlah segala agam punya bengang dengan aku.
Habislah. 
Sudahlah aku antara perkara yang boleh meruntun jiwa aku merupakan layanan dingin daripada ayah.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


3 comments:

Syafika Syahiza said...

waaaaaaaaaaaa! x dpt join! damnn! mst best gile kan kan?

Anak Mansor said...

best lah jugak!
aby sumpah mcm bangang gile.
dan3.
mee tomyam dia sedap woo!
HAHAHA

hannah G said...

perasan x selalu semua ini terjadi jika kita menumpang akak amina? hailo2...
hahahah