Haih.
Mengeluh.
Itu sahaja boleh kau diri.
Tidak terasa seperti sampahkah diri kau itu?
Tanyakan diri.
Tanyakan.
Apa sebenar ingin kau?
Apa kau tidak punya matlamat?
Apa tujuan wujud kau berpijak di bumi tuhan kau ini?
Huh.
Sekadar melukut di tepi gantang ibarat diri kau itu.
Ulah kau tiada erti.
Wujud kau ibarat sang pasir di pesisir.
Layak kau sekadar bergelimpangan melata di cerunan yang kau sendiri cipta.
Jangan kau persoal mengapa nasib kau begini.
Jangan kau persoal mengapa si polan itu lebih bahagia.
Jangan kau persoal mengapa tuhan tidak mengubah diri kau.
Jangan kau persoal mengapa takdir tidak menatang kau.
Tanyakan diri.
Tanyakan.
Apa keringat kau sudah cukup kau kerah?
Apa titisan air mata kau sudah cukup kau tadah?
Apakah tumpah darah kau sudah cukup membasahi bumi?
Sungguh kau tahu jawapannya.
Bukankah kau sendiri yang mengawal tubuh kau apa lakunya?
Ya.
Diam sahaja.
Jangan bicara walau sepatah.
Kau tahu khilaf kau.
Tunduk malu.
Tunduk.
Malu pada diri kau.
Malu pada Maha Pencipta.
Malu.
No comments:
Post a Comment