Monday, January 3, 2011

119

4.39 AM

Kelas pukul 10 pagi hari ini.
Mata nampaknya enggan memberikan kerjasama.
Hah.
Hari yang melesukan bakal dihadapi.

Selesai semua gambar aku geledah.
Hampir selesai semua lagu di senarai main didengari.
Rock, metal, heavy metal, reggae, rap, Melayu Asli, balada.
Semua sudah.
Mata?
Macam tu juga.
Tayangan perdana?
External hard disk tertinggal di rumah.
Bodoh untuk diri sendiri.

Minggu lepas Cik Sheena ada kata, lagu yang kita dengar menggambarkan diri kita.
Apa yang kita ingin tahu ketika itu.
Habis apa aku ni sebenarnya?
Semua jenis lagu aku layan.
Barangkali aku mengalami konflik personaliti.
Hah.
Sebab itulah aku seorang yang secara konsistennya tidak konsisten.
Berubah-ubah.
Tidak tetap.
Oleh hal demikian, janganlah berasa aneh sekiranya aku berubah-ubah.
Aku masih lagi dalam proses pencarian identiti diri.

Eh?
Kejap.
Melalut sudah.
Aku sebenarnya sekadar ingin menemani kebosanan akibat ketidakupayaan aku untuk tidur.
Haha.

No comments: