Mata layu merayu meminta dilelapkan.
Bawakan saja fikiran ke alam mimpi.
Haha.
Bersabar wahai mata.
Ini malam terakhir sebelum aku berangkat pulang esok.
Selepas itu aku perlu menanti hari-hari yang akan aku hitung untuk kembali ke rumah.
Seminggu di rumah.
Dibazirkan begitu sahaja.
Bosan.
Sungguh bosan.
Bosan yang sungguh memuaskan
Aku fikir ayahanda bonda akan membawa aku nun ke hutan belantara.
Namun cuaca berkata tidak.
Aku pasrahkan sahaja.
Belum rezeki aku barangkali.
Lain kali Insyaallah kata ayahanda.
Memandangkan aku keluar bertemu muka luar rumah hanya sekali yakni teman sahabat kawan baikku hanya sekali.
Saki baki yang lain sekadar aku bermalasan di rumah.
Bermalasan dalam erti kata malas sebenar.
Heh.
Memalukan.
Aku gemar bersendirian.
Sungguh-sungguh aku gemar.
Otak mulalah berfikir entah jauh sampai ke cakerawala angkasa.
Menerawang tanpa hala tuju.
Apa yang pasti aku rasa bersalah kerana membenci.
Rasanya tiada hak aku untuk membenci manusia lain
Diri sendiri pun hodoh hina jijik perangai.
Jadi, tiada lagi benci dalam diri aku.
Jika mahu timbul pun, aku akan padamkan rasa tak guna itu.
Dan ya aku maafkan jika itu silap kau.
Tapi maaf kalau mungkin perkara berubah.
Tambah pula entah macam mana di kala matahari tegak di dada langit, aku terlintas suatu blog nukilan seorang hamba Allah siapa pun aku tidak tahu.
Apa yang pasti tulisannya aku kira bermanfaat.
Heh.
Seram aku dibuatnya.
Peringatan untuk lebih berhati-hati dan menilai diri.
Tidak lupa juga perbualan pesanan ringkas dan mesej dalam kotak laman Facebook bersama kawan lama.
Banyak perkara berbangkit.
Kau magnet masalah kawan.
Takpa.
Ada hikmah.
Hah.
Kita sedang meniti kedewasaan bukan.
Lenggok bicara juga sudah lain bila isu serius menjadi bualan.
Tapi masih ada seloroh zaman sekolah.
Jangan khuatir.
Semoga persahabatan kita kekal ya kawan.
Jangan kau lupa aku pula.
Harap maaf sahajalah aku kini tidak lagi berdampingan dengan telefon bimbit.
Tapi pasti kau tahu aku tetap ada di sini bila-bila kau perlu tempat memuntahkan kisah masalah kau yang tak pernah sudah.
Pasti kawan.
Pasti.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment