| Zaman perangai tak semenggah. |
Salsabila,
ingat lagi tak masa kita mula-mula kita 1 Murni dulu,
Sal duduk depan sekali Wae duduk belakang sekali.
Wae tak berminat nak berkawan dengan Sal sebab Ike cakap Sal bosan?
Salsabila,
ingat tak masa 2 Murni dulu kita duduk depan sekali tepi pintu sibuk dok mengacau orang yang masuk kelas?
Ingat tak Ucop dulu suka datang tempat Sal tanya macam-macam nanti Wae yang jawabkan?
Ingat tak Wae bergaduh dengan Ucop sebab berebut tempat duduk masa kelas Math?
Salsabila,
ingat tak masa 3 Murni kita ada gaduh besar gila sampai Wae menangis sebab bengang gila dekat Sal tapi tak boleh nak marah?
Kenapa eh kita gaduh masa tu?
Wae dah lupa.
Ingat tak masa Sal ajar Wae matematik garang-garang lepas tu Wae nangis dan merajuk terus tak nak belajar dah?
Hehe.
Ingat tak masa budak-budak lain sibuk belajar nak PMR Sal duduk tepi tu buka buku latihan Wae dan Wani kat sebelah sibuk berborak merapu-rapu?
Ingat tak kita masing-masing buat rumah terbuka?
Semangat gila kan?
Salsabila,
ingat tak masa awal tahun 4 Sejahtera kita bergayut ada sekali tu malam-malam buta sibuk sedih-sedih tak nak pindah sekolah?
Kita kata,
"Kalau kita dapat surat tawaran tu kita sorok jangan bagi Mak/Ibu Ayah baca."
Padahal habuk pun tarak.
Duduk je kat SMKGS tu.
Ingat tak kita bertiga masuk forum BM sempena Bulan Bahasa sebab nak dapat markah penuh untuk Ujian Lisan?
Entah apa-apa entah.
Ingat tak masa kat Pulau Pinang tu yang kita pergi makan pasembur tu ada orang gila datang kita pun terus hilang selera tak jadi makan?
Sumpah takut gila masa tu.
Ingat tak ada orang yang dengki kita rapat tu sebar cerita buruk pasal kita?
Yang dia cakap kita tak nak akwan dengan dia sebab dia kelas lagi bawah daripada kita?
Sampai hari ni Wae terkilan.
Ingat tak masa kelas Biologi cikgu tu sound kita sebab pegang-pegang tangan?
Dia kata,
"Dah kalau pegang-pegang tangan tu macam mana nak menulis?'
Bengang tahap samapi tujuh petala langit lah masa tu.
Terus anti Bio.
Haha.
Salsabila,
ingat tak masa 5 Sejahtera dulu ada budak sekelas kita yang 'prihatin' gila tu sound Sal,
"Kita bukan nak cakap apa, tapi ingat tak ustaz hari tu ada ceramah cakap lelaki perempuan bersentuhan yang bukan mahram ibarat khinzir."
Serius kelakar gila bila ingat balik.
Wae rasa macam nak ludah je muka dia masa tu.
Berani dia sound Sal depan Wae!
Haha.
Ingat tak kita hari-hari bawa bekal pergi sekolah sebab boikot makanan kantin?
Asyik-asyik sandwich telur.
Wae pula taksub dengan mee gulung ibu.
Kadang-kadang Wae bawa nasi lemak.
Makan punyalah sikit tapi kongsi sampai enam orang.
Beli air kotak satu pun kedekut.
Haha.
Ingat tak masa yang kawan-kawan kita konflik tu,
Wae kat Tuisyen Gemilang mengadu dekat Sal yang Sal datang jalan kaki all the way dari sekolah tu?
Hehe.
Ingat tak masa nak dekat-dekat SPM tu Wae pergi rumah Sal untuk belajar?
Sal ajar Wae Kimia, Wae ajar Sal Biologi.
Salsabila,
ingat tak masa Sal dapat tawarn untuk matrikulasi dan UIA tu Wae tak dapat apa-apa?
Serius sedih gila fikir Sal akan tinggalkan Wae.
Padahal dua-dua dekat UIA sekarang.
Ingat tak masa Sal dapat sebilik dengan Dayah tu?
Wae cemburu kot.
Haha.
Menggelabah gila bila fikir balik.
Ingat tak...
Wae dah malas nak taip sebab dah panjang sangat.
Hohoho.
No comments:
Post a Comment