Monday, April 11, 2011

164

Ah, sudah terlepas jua akhirnya bebanan itu.
Buat semester ini cuma.
Tapi itu sudah cukup aku bersyukur.
Semoga segalanya berjalan dengan baik hendaknya.
Amin.

Oleh hal demikian,
ingin aku titipkan barangkali secebis  kalau tidak seluruh apa yang aku dapatkan sepanjang semester ini.
Panjang masanya serupa sahaja seperti semester yang lepas, tapi suka aku katakan pengalaman dan perasaannya jauh beza kalau tidak langit dan bumi, bulan dan bintang barangkali?
Haha. Tidak kena mungkin perumpamaan aku itu.

Awal semester, aku berhijrah dari nun Safiyyah ke Hafsah yang ini. Ternyata keputusan yang bijak kerana aku jiwa yang sering sunyi ni berteman lara kurang-kurangnya. Bertemankan rakan-rakan tidur semenjak Nilai dahulu. Tidak semuanya indah itu sudah tentu. Tapi cuma aku ingin katakan kepada kalian. Terima kasih untuk semester ini yang buat aku rasa hidup di UIAM Gombak yang 'mati' ni.
Dari cafe Asma ke cafe Hafsah. Dan semestinya ke Marina. Dominos yang sekali itu. Bondi yang julung kali itu. Tak termampu untuk aku panggil semula menu makan kita. Haha.
Kunjungan ke tandas mandi bersama. Kononnya mahu beriadah di petang hari. Heh.

Dan tidak terlupakan perselisihan yang berlaku antara kita dan kawan yang lain itu. Haha. Best friend siapa entah oi?

Oh ya, dugaan untuk kau itu aku akui sungguh menduga. Tidak dapat aku fahami kerana mungkin aku tidak pernah mengalaminya, cuma aku tahu pasti kau berduka. Tapi kau tetap tabah. Demikian walau titisan air mata jatuh, aku tahu kau tetap teguh menguisnya, walau kata-kata sekeliling yang jengkel itu, aku tahu kau tetap akan utuh menolak tepi. Teruskan doa untuk dia. Aku akan teruskan pinta bantuan yang di Atas juga. Insyaallah.

Untuk kau yang seorang lagi, apa peduli bicara sampah mereka? Persetankan sahaja baur-baur longkang semua itu. Jika kau tahu ada silap kau sampai mereka berkata demikian, ubah, jika tiada, biarkan sahaja. Mulut manusia, masakan kau boleh menutupnya? Dan ya, aku sudah mula menerima kau seadanya kau. Buruk baik. Alhamdulillah. Tapi jangan naik kepala pula lah woi. Haha.

Pengejaran ilmu? Mungkin masih berada di tahap hina. Akan aku cuba ubah. Pasti.

Sekian untuk kali yang ini.

No comments: