Saturday, April 30, 2011

175

Tiga malam yang berlalu.
Tiga malam yang ada kala aku jadi pincang akan bezanya antara siang dan malam, sedar dan mimpi.
Dalam tiga malam itu juga kalian muncul.
Muncul kalian berdua dalam satu masa dan ibaratnya aku sekadar penonton dalam wayang gambar pementasan fantasi.
Ah sekadar permainan tidur yang nyatanya mempermainkan aku.
Jemu jelak aku melihat kalian dalam tiga malam itu.
Sudah-sudahlah.
Beredar pergilah kalian kerana aku sama sekali tidak mahu melihat pementasan ini berterusan berputar ibarat filem tanpa suara.

Bosan.

Sekian.

No comments: