Tuesday, May 31, 2011

187

Sistem kad tambah nilai untuk menaiki bas aku rasakan agak tidak praktikal.
Sebab dia aku sendiri tadi dah mengalami kesukaran.
Alangkah menjengkelkan bila aku mahu membeli kad tersebut tetapi mesin berkenaan tidak menerima nota wang aku.
Boleh tahan lamalah juga aku berdiri di depan bas tu sehingga abang bas tu suruh aku duduk sahaja.
Mujurlah abang bas tu kesian kepada aku.
Sesampainya aku di destinasi aku, aku ke depan untuk membeli kad berkenaan, tapi abang tu kata "Beli lain kali lah dik." dengan loghat Kelantannya.
Aku pun dengan senyuman yang paling ikhlas sebab memang terharu pun mengucapkan terima kasih kepada abang berkenaan.
Terima kasih abang bas Kelantan!
Semoga abang murah rezeki.
Saya sangat terharu kerana saya menaiki bas secara percuma hari ini.
Siapa kata tiada lagi manusia yang baik atas muka bumi ini?

Easy tengkorak hang!


Sekian.

4 comments:

Syafika Syahiza said...

Woaa? :O dah baru? dah mcm sistem sgpore dah. tp mmg agak leceh la. kad tu boleh pakai sekali je ke weh?ke boleh topup?

Anak Mansor said...

ha'ah
dah baru
boleh je top up
mcm lrt kan ada juga kad macam ni
dia guna ko kena touch masa naik and touch masa turun
tapi macam agak tak praktikal lah juga

Syafika Syahiza said...

rapid je ke yg mcm ni weh? hishh! nnt nak kena try ni. haha nnt kau bwk aku naik bas eh?

Anak Mansor said...

rasanya kot
rapid kan maju
haha
boleh boleh