Tidak pernah aku mengetahui mahuku.
Apa yang aku tahu cuma apa yang tiada aku mahu.
Ada yang lantas berkata,"Nah carilah yang tiada apa tiada mahumu."
Adakah hidup ini semudah itu?
Kerana sepanjang aku terus bernafas hembusan nyawa pinjaman ini aku sentiasa menolak.
Aku sentiasa menidakkan.
Aku sentiasa menahan.
Kerana apa benar aku mahu sesuatu itu atau hanya sekadar bingkisan nafsu seketika berlalu?
Setiap hari setiap saat berdetik waktu aku meyakinkan semua kalian, meyakinkan aku, yang sungguhnya "tidak" itu jawapan muktamad si pengadil dalam ketulan daging dilindungi rusuk itu.
Namun ketahuilah akan hakikat sebenarnya aku sama sekali tidak pernah tahu akan jawapannya.
Sungguh aku tidak pernah tahu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment