Ini berdasarkan pengalaman jadi tiada unsur rekaan ataupun penipuan.
Bak kata pepatah orang putih, "Don't judge a book by its cover."
Samalah juga dengan kata-kata siapa aku tak pasti tapi berbunyi begini, "Jangan terlalu membenci seseorang kerana kelak kamu akan menyayanginya."
Mula-mula dahlah tak kenal, tak ambil ikhtiar pun nak kenal, suka-suka hati sahaja nak buat andaian nak menyampah, tak suka, benci dan segala perasaan yang negatif dan segolongan.
Tapi percayalah cakap aku, Tuhan akan buktikan apa yang kau sebenarnya buat tu salah.
Silap-silap orang itulah yang akan jadi kawan baik kau, orang itulah yang akan tolong kau, orang itulah yang menjadi objek obsesi kau.
Dan masa itulah baru kau sedar dan rasa bersalah dengan segala benda buruk yang kau pernah kata pasal orang tu.
Nah, kan dah sendiri yang malu.
Segan weh kat Tuhan.
Tapi memang susah sebenarnya nak elak daripada bertanggapan negatif terhadap orang yang kita tak kenal ni kalau dah pandangan pertama yang kita dapat memang jenis rasa nak balik je selipar walaupun saiz 4 je.
Tapi itulah, benda dah banyak kali jadi pun tak reti nak sedar juga, hampas betullah diri sendiri ni.
Haha.
Dahlah, kalau nak mengutuk diri sendiri memang sampai sudah tak sudah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment