Lebih kurang lima hari aku tidak menghadap laptop atas sebab aku menyertai program Kem Pemantapan Sahsiah diri di S.A.R Teluk Gong (KAFA) pada hari Jumaat-Ahad.
Yang hari selebihnya sebab ada mesyuarat dan sebagainya jadi aku buat keputusan untuk menginap sahja terus di UIA.
Jumaat:
Malam dalam pukul 11 lebih macam tu:
Sesi memperkenalkan ahli komiti dan barisan fasilitator.
Boleh aku suruh teka umur budak ada yang bantai sebut 23.
Apa nampak tua sangat ke aku hoih?
Haha.
Tahap gementar aku luar ekspetasi.
Serius 60 orang budak 12 tahun sangat menakutkan aku.
Serius.
Sabtu:
Pagi aktiviti dalam kumpulan bla bla bla .
Petang main Pang Ping Pong Piang.
Hamboi sakan gila kumpulan aku yakni kumpulan Lembu.
Memang galak gila lembu lah adik-adik lembu aku tu siap lari tak ingat dunia sampai aku kena langgar.
Haram betul.
Haha.
Malam kemuncak sebab ada slot 'softline' atau dengan erti kata lain slot psiko anak orang.
Mula-mula marah kaw-kaw, bagi tengok vido alam barzakh, lepas tu bagi cerita sedih.
memang budak-budak meraung kot siap ada yang muntah bagai.
Jangan main gila.
Aku tak berapa nak feeling sangatlah kecuali dah sampai tang suruh budak semua salam.
Pergh yang tu aku tak boleh tahan.
Budak 12 tahun nangis-nangis salam peluk kau.
Pergh weh sebak siot suara aku dah turun naik dah.
Haha.
Ahad:
Pagi kejut budak-budak bangun qiam.
Kena datang kejut sorang-sorang bebudak tu.
Lepas tu latihan dalam kumpulan.
Main permainan yang aku satu-satunya fasi yang tak nak mengalah walaupun main dengan budak je.
Hadoi.
Tapi masa akhir tu aku buat-buat kalah konon bagi menang lah budak tu.
Pffft.
Ikutkan aku memang sah menang lah weh
Haha.
Tengah hari bersurai.
Ni lebih kurang aktiviti lah ni.
Tujuan program ni sebenarnya nak bagi budak-budak beradab banyak sebab ustazah dah sampai menangis mengadu anak murid degil biadab.
Okay, setiap kumpulan diberi 5 pelajar lelaki 5 pelajar perempuan dan satu fasi lelaki dan satu fasi perempuan.
Kumpulan aku sebab macam lembap masa pilih nama kumpulan, kami dapat kumpulan lembu. Tak guna betul kumpulan lain gelak-gelak.
Aku tangankan tahulah sorang-sorang.
Aku dapat Hadi sebagai team mate aku.
Bersyukur juga sebab dia ni hyperactive dan aku kalau dah dengan orang memang pasif lah.
Budak ada 5 lelaki:
Faizal- Aku panggil Faizal Tahir / Rock Star sebab dia comel gila kacak, tahap gementar yang sangat tinggi, bajet cool. Serius yang ni memang kegemaran aku. Aku berjaya ambil hati dia o yeah dan dia dengar cakap aku.
Najib- Neutral je, ketua kumpulan, berani speak out, aku tak bonding pun dengan dia.
Shahril- Yang ni memang degil aku rasa nak je pang kepala, aku dok cakap haram nak dengar, Hadi cakap baru nak dengar. Mentang-mentang aku perempuan dan takda nak marah masa mula-mula, kena dah hari Sabtu dengan aku yang tak lalu makan tak boleh tidur, memang kena lah kan. Lepas tu merajuk, dah tak nak duduk sebelah Kak Wahida, duduk sebelah Abang Hadi je. Ceh gedik gila.
Haziq- Yang sumpah aku serabut gila dengan dia. Budak ni slow banyak. Mengeja pun tak reti. Dan dia banyak kali buat aku terasa sebab dia bila Hadi takda dia akan kata, "Kita tunggulah Abang." "Tak best lah abang takda." Pergh serius menusuk kalbu gila. Nasib baik yang lain tu back up aku. Haih celaka gila lah budak 12 tahun ni.
Tak ingat- Serius maaf gila lah akak tak ingat nama awak sebab awak macam akak tak berapa nak ingat muka. Aduh maaf sangat sangat. Fail gila fasi macam ni haha.
5 perempuan:
Ain- Kecil je orangnya tapi bijak. Berdasarkan pengamatan aku bijak budak ni. Rajin pun rajin. Dengar cakap pula tu. Perempuan dia ni kegemaran aku. Takda buat masalah. Berani speak out. Dan juga dia kata aku nampak macam yang paling muda antara semua fasi yang datang walaupun ada lah perempuan yang mengaku diri paling muda kata 19 sebab aku mengaku dah 20. Hah on your face lah perempuan!
Wafa- Memang payah nak bercakap, nak kena aku duduk sebelah cucuk-cucuk buat muka comel semua baru nak cakap. Tangan patah sebab bergaduh dengan budak laki. Hardcore gila budak-budak ni serius. Masa akhir-akhir tu banyak kena menulis jadi akulah tukang tulis untuk dia, masa tu lah macam nak bonding sikit lah dengan dia. Tapi dah nak habis program dah masa tu haha.
Izzati- Dia banyak takda masa program sebab tak sihat, ada masa dah malam Sabtu. Pemalu gila,. Tinggi OMG budak ni sama tinggi ke tinggi sikit entah daripada aku oh tidak.
Mastura- Yang ni degil sikit. Bila suruh cakap apa-apa ke buat apa-apa ke dia akan buat muka macam tak puas hati macam tu. Tapi dah hujung-hujung okay lah sikit.
Tak ingat- Serius kau memang tak ingat langsung nama dia. Dia ni muka macam dah matang sikit. Okay je. Tapi samalah macam yang lain pemalu juga. Tapi masa hari Ahad dia macam dilanda emosi sikit sebab muka macam nak nangis aku tanya kenapa kawan-kawan kata dia sedih program nak habis dah. Haha comel tak nak berpisah dengan aku lah tu GAHAHAHA
Secara kesuluruhan program ini sangat memenatkan sebab aku tak boleh tidur, tak lalu makan. Sumpah penat teramat. Tapi aku dapat pengalaman barulah nak kena melayan kerenah budak-budak 12 tahun. Pening doh serius. Ada yang kerek tahap minta lempang bertubi-tubi, biadab, degil. Memang serius kalau adik aku dan kalau aku ada adiklah memang aku dah lama cuci bagi bersih beradab banyak. Serius aku cakap. Aku masa darjah 6 dulu takda pun perangai haram macam tu. Haih nilah anak bangsa zaman sekarang. Sakit otak nak melenturnya.
Aku takdalah jenis affectionate sangat dengan budak sejujurnya, jadi aku cuba layan adik-adik ni macam kawan. Dan masa hari Ahad dah hujung-hujung tu baru aku dapat rasa aku dapat masuk dengan mereka secara total. Kuncinya, masukkan topik kartun. Haha. Siap belagak aku kumpul Shin Chan lagi. Barulah budak-budak tu semangat nak bercakap dengan aku secara suka rela. Tak lupa juga buka cerita pasal parut obor-obor dan inai aku yang menawan. Dan budak perempuan makin selesa dengan aku, aku tak perasan siapa yang pegang main-main dengan jari aku. Serius rasa macam terharu gila. Sumpah. Perasaan diterima budak-budak tu susah aku nak gambarkan. Damn aku sebak sekarang haha. Dan juga aku tak perasan pun siapa ada dengan kereknya cakap "Nama apa entah lagi tinggi daripada akak haha."Aku masa tu dah macaam zzzzzzzzzzzzzzzzzzz kerek siot kau ingat aku member kau nak main ejek-ejek. Aku pandang buat muka terus dia diam. Haha.
Tak kiralah nakal macam mana pun budak-budak ni, aku sebenarnya in a way aku faham apa perasaan mereka. Sebab ada yang macam terlalu nak matang cepat, memang bitchy lah perangai. Tapi kalau tengok betul-betul, tak kira macam mana nak bajet cool, matang pun mereka ni, sebenarnya deep down mereka masih budak. Cuma kita yang dah besar ni kena cuba buka mata lihat apa yang ada sebalik perangai negatif mereka tu. Tapi memang sakit otak lah serius haha.
Dah lah. Panjang sangat dah ni. Gambar takda sebab aku tak bawa camera dan phone diharamkan tunjuk depan budak-budak.
p/s: aku berharap yang semua terlibat dengan aktiviti akan lebih bertanggungjawab dan profesional. letak etpi semua hal peribadi. aku serius as hell ni. macam mana tak tahan pun kena tahan juga sebab ni tanggungjawab.
Sekian!
4 comments:
aku xnmpk pon ko kat uia.
aku meeting semua malam
meeting plak kat hs
pergi meeting lepas meeting aku balik bilik
manalah ko nak nampak kelibat aku
haha
damn aku jeles.
hahaha
tak payah nak jeles snagat lah
next sem ada
pastikan ko join
kesian aku kena membawa diri tahu
Post a Comment