Aku tak pasti ini dah kali ke berapa aku padam tulis entri kali ini.
Masa aku menaip tadi, jantung berdegup kencang, suhu badan turun naik, tangan menggigil.
Memang adrenaline rush yang epic.
Makanya aku mengambil keputusan untuk menaip dan memaparkan entri ini sesudah aku berada dalam keadaan yang lebih tenang.
Natijah yang aku dapat pada malam yang berakhir dalam keadaan luar jangkaan ini,
aku sememangnya akan menghadapi kesukaran yang akan memberi tekanan hebat kepada aku apabila aku berurusan dengan orang.
Percayalah.
Kerana itu sebelum ini sudah aku katakan aku mencuba untuk mengelakkan diri daripada bergaul, berkenalan dengan yang bergelar manusia ni.
Tapi apakan daya, keinginan mencuba dan kesukaran aku menolak mengakibatkan aku pada akhirnya terjebak jua.
Dan akibatnya juga aku akan mengumpul dosa daripada sumpah seranah berguni dek kerana kegagalan diri mengawal amarah.
Dan cara untuk mengawal dan membendung permasalahan ini adalah dengan berusaha menutup mulut daripada mengeluarkan kata-kata sinis, tangan daripada menaip kata-kata makian.
Dan harapan aku semoga aktiviti yang dirancangkan esok mampu aku lalui dengan langkah mengawal diri yang aku sendiri kenal pasti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment