Monday, August 8, 2011

233

Aku menulis ini bukanlah untuk aku mengata, jauh sekali mengeji.
Cuma ini sekadar apa yang aku benar perhati, benar fikir tentang perihal manusia secara amnya.

Kita, hampir semua daripada kita mahukan perhatian bukan?
Untuk setiap apa yang kita lakukan, setiap apa tentang kita, kita mahu perhatian.
Penulisan kita, pemikiran kita, kerja kita, kehebatan kita, kekurangan kita, kecantikan kita, kehodohan kita.

Kita mahukan ada entiti lain yang sedar yang mungkin mengiktiraf akan sesuatau yang kita lakukan.
Kita semua gila akan perhatian.
Kita dahaga, kebulur akan perhatian.

Siapa entiti itu? Terserah kepada si pelaku yakni diri kita sendiri.

Mungkin akan ada individu yang berkata,

'Aku tidak suka akan perhatian.'

'Bukan perhatian yang aku inginkan daripada pekerjaan ini.'

Tapi ketahuilah sebenarnya kita mahukan perhatian, mungkin bukan dari individu lain, mungkin sebenarnya diri kita sendiri.

Aku mahukan perhatian dari diri aku sendri agar aku tahu perkara yang aku lakukan tidak sekadar sampah.
Aku mahu aku sendiri tahu aku bukan sekadar melukut di tepi gantang.
Ini mungkin hanya untuk aku.

Tapi apa yang aku ingin perkatakan tidak kira sebagaimana aneh dan cinta akan bersendirian sekalipun seseorang itu, dia sebenarnya mahukan perhatian, mungkin bukan dari orang lain, tapi dari dirinya sendiri.

Mungkin aku kedengaran seperti self-absorbed atau istilah 'syok sendiri'.
Tapi aku percaya selagi aku tidak mampu menarik perhatian diri aku sendiri untuk rasa, fikir, dan yakin yang aku benar-benar bernilai, aku tidak fikir akan ada yang lain yang akan mampu betul benar mengiktiraf diri aku, dan apa yang paling aku gentar, Dia tidak mengiktiraf kewujudan aku selama melata ini.

Sekian.

5 comments:

Syafika Syahiza said...

Kenape ni? pasal sikap buruk yg kau ckp tu ke?

Anak Mansor said...

eh takdalah
ni random je
ilham suka datang sebelum sahur haha
yg tu lain
haha

Syafika Syahiza said...

Oh haha okok. biase la, org kate pagi2 mmg ilham mencurah2. hehe

BERMASALAH said...

ini semua didikan dari sekolah. cikgu selalu cakap; tumpukan PERHATIAN, ATTENSION PLEASE.

hahaha TENSION!

tapi dapatkan perhatian dari Allah. itu yg terbaik :)

Anak Mansor said...

mungkin juga ah jihah
haaa
kan?
yang last tu yg paling penting sebenarnya