Friday, September 23, 2011

247

Aku masih belum berjumpa dengan perkara yang betul menepati jiwa aku. Aku sudah mula berasa bosan dan ini bukanlah suatu perkara yang baik kerana hal ini hanya akan mengakibatkan aku berasa penat dan terbeban, bukan penat dan seronok.

Aku juga sudah patah sayap ketelusan yang satu ketika dulu membawa aku terbang bebas, menjadi kebanggaan. Aku semakin hilang aku. Mungkin ada baiknya aku sekadar diam.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata baik atau diam. Itulah yag sebaiknya.

Sekian.

No comments: