Saturday, November 26, 2011

260

Begitu lama. Rasanya seperti sudah tidak bertinta pena bahasa aku. Aku sudah terlampau malas untuk melukis perasaan dengan kata-kata. Tiada guna ibarat yang aku rasa. Bagaimana mungkin aku lukiskan sekiranya aku kini sudah buta. Bukan sekadar buta, tuli juga.

Bukan aku tidak sedar akan kelainan ini, cuma kesedaran itu hanya menerpa sesudah aku berlaku lain. Sungguh aku tidak sabar menanti tibanya waktu untuk aku berehat dari berhadapan dengan begitu ramai manusia. Adalah mustahil untuk aku membuat tidak endah kepada yang lain. Kerana aku belum cukup rasa penting diri.
Sikap yang memakan diri.

Begitu lantang dan lancang mulut aku berbicara kini. Terlampau malas untuk berfikir sebelum berbicara. Aku tahu ini bukanlah sesuatu yang baik jauh sekali dibanggakan. Haih.

Aku akan cuba kembalikan diri yang bersembunyi itu. Agar aku selesa bersama aku. Agar tiada resah menemani senyum dan hilai tawa.

Sekian.

No comments: