Monday, January 2, 2012

264


"Don't let your heart's desires be your heart's disease."

Aku petik dari Twitter. Mengawal keinginan diri sebenarnya sangat susah. Amatlah agam susahnya. Tak bagus untuk diri. Tahu. Tapi itulah... 

Menginginkan dan memerlukan itu dua perkara yang jauh bezanya. Jauh begitu jauh sehingga tidak mungkin bercampur laksana minyak dan air. Mungkin seringkali seiring. Bersebelah. Namun tetap tidak takkan jua bercampur sekalipun dipaksa kocak. Tetap tidak akan mungkin bercampur. Mengapa tidak bercampur? Itu demikian kerana berbeza ketumpatannya. Memang ciptaannya begitu. Tentu sekali bersebab. Takut nanti kita semua si bebal ini terkeliru. Maka bersyukur kerana begitu terzahir perbezaan itu. Jangan dikelirukan dua yang berbeza itu.

Mengawal diri. Mengawal perasaan. Kawal semua benda perlu sentiasa terkawal. Fuuu kena hati bagi jauh lebih kental. Kental lebih kental sehingga begitu kental.

Sekian.

No comments: