Sudah hampir sebulan aku meninggalkan pondok ini. Begitu usang aku lihat. Entahlah. Melawat pun aku dah malas. Bukan tidak mahu melawat, tapi...
Cuma apa yang mampu aku katakan, aku benar-benar tidak tahu situasi apa yang sedang aku alami. Terasa seperti sedang berada dalam pemainan perasaan. Permainan emosi. Permainan yang mungkin pihak tentangan mahir. Dan aku, dengan ego menggunung aku, tidak mahu mengalah. Ini bukan kali pertama. Aku tidak senaif itu. Hidup aku penuh paranoia. Bukan apa, nanti yang sakitnya aku. Jadi lebih baik begini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment