Aku masih tetap tidak mampu untuk mengerti. Adakah kau yang kejam terhadap aku? Atau aku yang sebenarnya kejam terhadap diri aku? Tolonglah bagi aku faham kerana sungguh aku memang paling bodoh bila datang soal ini. Beritahu aku apa yang sepatutnya kita putuskan sekarang ini. Aku tidak tahu berapa lama lagi aku mampu tergantung di tali ini sebelum aku jatuh terhempas. Terhempas dan berderai tanpa mungkin mampu dibaiki lagi. Tolonglah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment