Mungkin entri kali ini jelik dan jengkel. Tapi biarlah.
Aku saat ini ibarat rasanya dicampak dari nun awangan sana. Jatuh namun tidak tanah yang aku jejak. Masih terapung-apung. Butir kata aku rasakan ibarat angin berbisik, senyuman ibarat sang mentari mengintai dari balik awan. Cukup aneh buat aku kerana selama ini angin yang bertiup semua menjerit aku rasakan, mentari mencengkam rasanya. Selama mana mampu rasa ini bertahan? Khuatir. Sungguh khuatir benar aku.
Lima tahun? Enam tahun? Masa. Subjektif. Sungguh subjektif. Khuatir. Aku khuatir. Kerana mungkin sekarang aku masih terapung namun apabila sudah jejak ke tanah, apa mungkin rasa ini kekal? Atau andai nanti aku jatuh terhempas? Apa mungkin mampu aku kembali berdiri? Apa mampu aku pendam dendam? Apa mampu aku kekal rasional serasional yang aku canang? Khuatir. Aku khuatir kerana rasa ini benar wujud saat ini. Bukan sekadar ilusi permainan minda kecil aku. Khuatir. Aku kekal khuatir.
Sekian.
No comments:
Post a Comment