Jauh sudah aku berjalan dalam tempoh jangka yang begitu singkat. Aku sudah dibawa berlari sampai ke langit. Indah. Tapi entah bagaimana dan kenapa aku tiba-tiba kau lepaskan kembali ke tanah, nah tiba-tiba aku kau tarik semula ke langit sana. Kerana mungkin mula saat itu aku sudah bersembunyi di balik awan. Bersembunyi memerhati kerana mungkin jujurnya aku takut dilepaskan jatuh maka aku pilih untuk sekadar memerhati. Aku liputi diri aku dengan awan. Aku bilang, "tak mengapa asal kau masih di langit." barangkali aku terlupa, aku bukan manusia yang ingin tinggal indah damai dalam liputan awan yang hakikatnya menampung hujan menanti dibanjirkan ke tanah sana. Maka entah seperti rasukan aku mahu kembali turun. Aku tidak mahu berada di langit. Biarlah aku tidak diterbangkan sang rajawali untuk pulang. Biarlah aku jatuh tersembam. Terbenam. Biar sakit. Aku mahu dipulangkan ke tanah mungkin juga lebih baik benamkan saja aku biar sebati dengan tanah. Biar tanah resap segala sakit aku dicampak jatuh dari langit.
Tetapi kini, aku kau gali diminta keluar. Aku keliru. Aku buntu. Aku sudah penat berlari. Aku sudah penat berjalan. Aku sudah penat berdiri. Aku sekadar mahu damai berbaring kalau sekalipun dalam lohong yang kosong yang mungkin iya akan sunyi gelap. Aku. Sudah. Penat. Maka tolong, kembalikan damai aku.
Sekian.
No comments:
Post a Comment