Kerana malam ini aku mahunya hilang dalam bahasa hati yang inginnya berkata paling lantang. Kerana malam ini aku sedang begitu rapuh merayu, menangis memanggil Dia yang Rab agar diberi izin aku yang jijik dan hina ini merasa damai. Aku mahu kembali kepada damaiMu ya Tuhanku. Aku mahu kembali kepada pangkuan tenangMu ya Tuhan. Aku sudah begitu lama berlari mengejar dunia yang nyatanya menenggelamkan aku, menguburkan jiwa aku sampai ke dasar mantel sana yang hakikatnya begitu panas dan derita ya Tuhanku yang terpaling Indah. Sesungguhnya malam ini aku ingin meminjam indah bahasaMu ya Tuhanku yang paling Maha Indah bahasaNya. Pinjamkan aku untuk mungkin berkata-kata dalam menyatakan robeknya hatiku ya Rab, luluhnya jiwaku ya Rab.
Maka kepadaMu wahai Pencinta, kembalikan cinta aku kepadaMu. Tolong ya Tuhan. Tolong aku ya Tuhan. Aku saat ini sudah ibarat tiada nafas lelahnya. Ibarat tiada jiwa lagi mahu dirasakan dunia ini.
Aku yakin akan janjiMu yang pasti ya Tuhanku.
"Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan." 94:5
No comments:
Post a Comment