Thursday, November 6, 2014

303

Sungguh dingin malam ini seolah mahu membekukan tulang belulang. Mengapa tidak dibekukan saja rasa hati? Biar mati terus rasa itu. Masih merangkak aku... Tak, masih mengesot, tak tertampung dek tulang rasa, tak tertongkat dek belikat jiwa. Apa lagi ada dalam anatomi manusia untuk aku ibaratkan menjadi penampung jiwa yang berapungan dalam jasad pinjaman ini? Kembali kepada Dia wahai jiwa. Serahkan hati kau kepada Dia biar Dia sahaja yang merawatnya. Beri sedikit masa kepada diri untuk biar terhadam segala pengajaran yang ada. Boleh?

Sekian.

No comments: