Tuesday, June 23, 2015

305

Apa khabar lembaran maya? Sudah lama tak bertinta. Lidah sudah tidak lagi menulis? Sudah kelu?

Kisah 1:

Mahu ringkasnya, satu. Dua. Tiga. Kali yang dicari. Kenapa? Tangga untuk naik ke rumah belum siap. Barangkali papan tidak diraut rapi. Masih bersembilu lalu menusuk ke kaki. Perlunya aku? Barangkali disangka Tuan Tabib yang mampu merawat sakit memulih penyakit.Terasa jijik. Biar sekalipun bernanah kau dan bini dihiris sembilu, aku tidak mahu tahu. Tidak mahu peduli. Kau sudah aku mampuskan. Maka. Pergi mampus. Celaka.

Kisah 2:

Sudah aku semai pohon yang baru. Sudah bercambah. Berpucuk pun sudah. Muda pucuknya. Cuma entahlah. Pohonan sudah mula rimbun tapi aku seolah tidak merasakan teduhnya. Malangnya aku sedang merasakan kemarau sedang menjelma, dedauanan sedang keguguran. Berterbangan. Aku malas mahu mengutip dedaunan itu untuk ditimbunkan menjadi empuk. Biar terpujuk. Bukan tiada belas. Cuma malas. Mungkin nanti pohon pucuk muda sekalipun mati kekontangan, aku akan berlalu pergi mencari musim yang lain. Mungkin musim dingin? Sesuai barangkali dengan hati aku jiwa atma sukma berkeladak aku ini.

Sekian.

No comments: