Minda yang sudah terlalu kecamuk. Benak yang sudah terlalu pincang. Waras yang sudah tidak lagi mahu selaras.
Kau ini ibarat satu mimpi ngeri panjang yang mengurung aku daripada bangkit kepada realiti dunia. Aku lebih rela berhadapan dengan entah apa lagi keji dunia daripada kejinya kau. Kerana apa? Kerana kau memperguna indah cinta sampaikan apa yang tinggal dalam diri aku cuma benci. Benci yang mengeji cinta kau yang nista. Benci yang kini menista cinta manusia.
Tidak cukup aku, tidak cukup darah dagingku, mahu juga kau heret teman teman yang sudah aku pasakkan janji kepada diri aku ikatannya lebih pekat daripada darah? Mahu juga kau heret anak yang sudah aku paterikan kasihku lebih utuh daripada keluli?
Apa mahu disugulkan tabiat membunuh diri aku itu? Apa aku menganggu bahagia kau mengatur mimbar kepada masjid kau? Apa pernah ada aku datang menganggu bahagia yang konon dulu kau cari, puji, agungkan abadi? Mengapa mahu terus dihina aku yang konon dahulunya kau bilang hodoh ini? Apa tidak cukup? Lantas bila mahu cukup kau penuhi benci kau itu?
Apa kau lupa aku sudah kau buang seolah nilai aku lebih enteng daripada melukut? Bukankah aku dulu ini perempuan yang sombong, angkuh, bongkak, bodoh dan... apa? Perangainya seperti pantat?
Usah khuatir, aku tidak menyalahkan kau kerana salahnya ada pada aku. Bersetuju untuk berlaku bodoh. Cuma apa yang aku mahu saat ini cuma kau, jauh. Jauhi aku. Jauhi keluargaku. Jauhi teman temanku. Anggap saja aku ini tidak pernah wujud. Tiada nilai.Tidak layak untuk dianggap melata di bumi Tuhan. Seperti yang kau sendiri takrifkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment