Manusia?
Ya.
Kita semua manusia bukan.?
Namun demikian tidaklah semua daripada kita serupa sikap, nilai dan perilakunya.
Benarlah kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain.
Apa yang ingin aku perkatakan di sini bukanlah berniat untuk menjatuhkan mahupun mengkritik sesiapa sekalipun.
Sekadar pendapat yang terbuku dibenak minda.
Mungkin akan ada yang mengatakan,
"macamlah kau tu baik sangat."
Ini sebenarnya pesanan buat diri aku juga....
Manusia ni berdasarkan pemerhatian aku,
sememangnya di luar jangkaan.
Lain yang kita sangkakan,
lain rupanya manusia berkenaan.
Hurm...
Sifat mementingkan diri sendiri tu sebenarnya ada dalam diri setiap daripada kita,
perlu sebenarnya sifat itu untuk kemandirian diri.
Namun demikian,
adalah menjadi keperluan juga buat kita mengawalnya.
Apa yang diperlukan?
Tentu sekali kewarasan minda, nilai-nilai kemanusiaan, kesedaran diri dan tentu sekali pegangan kepada tali yang kukuh yakni agama.
Adalah satu kerugian besar buat kita umat manusia tatkala diri tidak lagi mampu menerima nasihat.
Perkara yang terang lagi bersuluh salahnya dikatakan benar dek kerana sifat egois yang membuku dan menebal dalam sanubari.
Di manakah letaknya kewarasan minda yang seharusnya dilandasi hukum-hukum yang nyata?
Apabila tiada lagi nilai ini dalam diri manusia,
maka bermulalah segala agam masalah;
setiap yang ada dihadap mata diperguna sewenang-wenangnya tanpa sekelumit pun rasa bersalah,
tanpa mengira kawan, teman, sahabat.
Demi kesenangan diri,
tiada lagi yang menjadi kekangan.
Wang semata-mata wang.
Pandangan manusia terhadap segala norma menjadi kabur.
Jangan sekadar petah mulut berbicara menyatakan minda sentiasa memikirkan kebaikan demi yang lain pabila yang dizahirkan begitu bertentangan.
Bangkitlah wahai teman,
bangkitlah wahai saudara,
bangkitlah dari lena pejaman kewarasan akalmu itu!
*pesanan untuk diri: jangan hanyut dibawa arus kealpaan.

No comments:
Post a Comment