Tuesday, November 2, 2010

091


Oh bukan seorang yang keji diri aku ini.
Tidak juga begitu mulia aku sedari.
Jahil aku akui itu kurangku.
Tapi apakah hebatnya sekadar omongan kosong yang kononnya yaa mampu melindungi, yaa mampu memberi, yaa mampu membantu?
Adakah itu didikan para rasul?
Adakah itu didikan yang kau hasilkan dari kitab suci?
Yakin gah berbicara tentang agama.
Gah mengeluarkan kata-kata dari kitab.
Adakah kau benar-benar mengamalkannya?
Adakah kau benar-benar menghayatinya, mendalaminya?
Atau itu sekadar perisai dan pedang yang kau gunakan semata-mata untuk menjadi jaguhan ketika berbicara?
Mungkin bicara aku tidah sepetah bicara kau.
Tapi kurang-kurang aku tidak berani memperguna kata-kata suci kerana aku sedar akan diriku yang lemah dan hina ini.

Ya aku tahu niat kau baik.
Tapi apakah kebaikan kau itu sebenarnya untuk kebaikan diri kau sendiri?
Kedengaran mengelirukan bukan bila diluahkan dengan kata-kata?
Ya.
Itulah apa yang sedang kau lakukan wahai manusia yang gah dirinya lelaki yang kononnya mahu melindungi.
Sebenarnya segalanya untuk keenakan diri kau bukan?

Mungkin kerana aku perempuan ini ulahku.
Mungkin juga kerana aku perempuan aku jelak mendengar kata-kata sang perwira lelaki yang gunung itu mampu ditahan runtuhnya demi melindungi.
Mungkin perempuanku juga yang menuturkan aku mahu sang perwira lelaki itu mengaku dia itu juga manusia biasa yang lemahnya ada, khilafnya ada, naifnya ada, jahilnya ada.
Bukan aku mahu menindas.
Tidak sama sekali mahu aku memijak.
Akan tetapi supaya aku tahu yang aku ini layak melengkapi kau.
Melengkapi kau yang juga tidak sempurna seperti aku ini insan yang maha lemah.

Hahaha.
Ketawakan diri kau sendiri perempuan.
Omongan kosong kau di sini tiada apa ertinya.
Sedang kau tahu akan diri kau sebetulnya sentiasa menentang.
Sentiasa menolak.
Sentiasa membangkang.
Sentiasa tiada ketahuan akan mahu kau sendiri.
Ketawakan diri kau sendiri perempuan yang hanya sekadar mampu galak merembeskan bicara di sini.
HAHAHAHAHAHA

Tinggi duduknya manusia, takut jatuhnya menyembah bumi.

No comments: