Tuesday, November 2, 2010

092

Arus yang perlu dikejar itu melemaskan aku.
Tapi adakah sebenarnya perlu aku mengikut berlari dibelakang arus?
Kenapa aku rasa mereka itu terlampau plastik?
Kerana apabila bersama aku mereka lain benar zahirnya.
Atau adakah mungkin memang itu sebenarnya mereka dan mereka sebenarnya plastik di depan aku kerana zahirnya aku ni bak pakaian kertas Pak Pandir yang hanya hitam putih tampaknya?
Sukar benar aku mentafsir tulisan pada setiap wajah-wajah daripada kamu-kamu.
Ya.
Mungkin aku perlu menerima lainnya kamu.
Mungkin kerana luar kau plastik dan luarku kertas.
Kita berbeza.
Aku harus terima itu
Ya.
Belajar menerima.
Pelajaran yang begitu sukar untuk aku kuasai.
Lelah aku mengulangkajinya.
Lelah.

2 comments:

Syafika Syahiza said...

siapakah?

Anak Mansor said...

random sahaja.
tak sebab semenjak aku masuk gombak ni.
kan mcm aku dah berada dlm satu kitaran kawan yg lain.
tu yg buat aku rasa pelik tu kot.
haha