Sunday, November 7, 2010

097

Weh!
Esok kertas terakhir doh!
Memang tak sabar benar aku nak sudahlan segala beban peperiksaan ni!
Ha dan esok memang aku macam ala-ala buang tabiat sebab esok aku akan bermalam di UIA.
Bukan buang tabiat sebab apa.
Tapi sebab aku sepanjang minggu peperiksaan ni memang langsung aku berulang-alik dari rumah sahaja.
Tapi atas sebab-sebab tertentu.
Aku akan bermalam di UIA.
Haha.
Okey.
Sudah lah.
Tukar topik.

Tujuan sebenar pos kali ini berkaitan dengan gejala hormon kewanitaan yang mengakibatkan emosi aneh-aneh berkunjung ke diri sendiri.
Yakni aku.
Di samping itu, sang jerawat juga bermaharajalela bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Sungguh mengeli-gelemankan diri aku sendiri.
Muka aku biasa pun tidaklah licin dan selembut sutera.
Tapi tiadalah pula jerawat-jerawat dewasa-dewasa begini.
Bukan setakat jerawat sahaja.
Ni saudari emosi ni.
Amboi, gatal bebeno.
Patut lah galak sangat.
Tapi yang agak bersyukur kali ini sebab kelakuan aku dan amarah aku tidak menunjukkan belang.
Mungkin sebab aku dah cukup tertekan dengan peperiksaan untuk perangai yang bukan-bukan tunjuk muka.
Jadi secara kesluruhannya dapatlah dikonklusikan di sini yang keadaan aku pada kali ini dengan kehadiran hormon yang bermaharajalela masih dalam keadaan terkawal. :)

No comments: