Wednesday, January 12, 2011

122

Sesungguhnya manusia berasal dari spesis mamalia yang nyatanya berdarah panas.
Oleh hal demikian,
apabila emosi sudah mula menguasai diri,
bermulalah segala batalion syaitan memulakan pekerjaan mereka yakni mehasut sang homo sapien untuk melakukan pelbagai perkara yang pada akhirnya dikesali.
Hah.
Bodoh bukan manusia ini.
Tika marah inilah segala kata makian terhambur.
Segala rasa benci meruap.
Tapi bila sudah datang si penyesalan mengetuk pintu hati.
Barulah terhegeh-hegeh meminta maaf.
Ya.
Mudah bukan?
Kau maki, kau hina, kau aibkan.
Kau minta maaf.
Jika dengan kata maaf itu mampu menyelesaikan segala agam masalah.
Alangkah baiknya.
Salah sesama manusia ini wahai manusia tidak semudah itu.
Manusia ini tidaklah begitu berhati mulia memaafkan.
Manusia bukan Ar-Rahman, Ar-Rahim.
Jadinya di sini.
Kiranya datang amarah itu,
hati itu tenangkan.
Minda itu fikir rasional.
Akal Dia beri itu guna.
Manusia ini tidak jauh beza perkiraan kromosomnya dengan cimpanzi.
Bezanya.
Akal.
Haha.
Lucu sekali kau manusia.
Sudah-sudahlah manusia.
Tiada faedahnya.
Sudahlah ya.

No comments: