Friday, January 14, 2011

123

Bangkit di pagi hari pada hari Jumaat dalam kesedaran aku di bilikku di UIA.
Ya.
UIA.
Aku tidak pulang ke rumah.
Hah.
Terasa kagum pada diri sendiri.
Haha.
Aku memilih untuk tidak pulang kerana terdapat sekelumit kesedaran dalam jiwa kosong aku ini aku pada nyatanya punya banyak perkara yang mengharuskan tinggalnya aku di kampus yang tidaklah pada relanya aku berada.
Esok.
Esok pasti aku kembali ke rumah.
Pasti.
Insyaallah.

Sepanjang minggu adanya aku di kampus ilmu ini,
aku kira terlalu banyaknya perkara yang berlaku, yang menerjah-nerjah aku di wajah supaya membuka mata melihat dunia, sedar akan hakikat manusia di muka dunia ini.
Setiap yang berlaku itu bersebab.
Setiap yang berlaku itu berakibat.
Sememangnya dari zaman aku berkain biru, berbaju putih bertudung berlencana,
aku tidak akan memihak sesiapa.
Aku lebih memilih untuk mendengar cerita kau, kau, dan kau.
Mendengar cerita kau semua.
Kerana aku tahu setiap cerita itu tidak terjadi dari satu pihak sahaja.
Kalau sekalipun aku tidak dapat mendengar semuanya,
sekadar aku cuba rasionalkan otak aku menimbal semua itu ini.
Aku simpulkan, kau ada salah, dan kau pun salah juga.
Aku ini bukan jenis orang yang boleh kau kata teman sejati.
Kerana jika kau salah, kau tetap salah di mata aku.
Maafkan aku kawan.
Salahnya punca dari kau.
Kau pula sekadar menjadi manusia yang mungkin menghadapi sedikit kesukaran mengawal emosi.
Namun salah itu pada semua.
jadi yang lain, jangan campur tangan.
Cukup sekadar menjadi pemerhati.
Jika dia jatuh, kau bangkitkan, jangan dicurah lagi minyak tanah pada api yang marak itu.
Pesanan juga untuk aku, aku dan aku.

Oh ya,
pertubuhan baru itu, tanggungjawab baru, muka-muka baru, pengalaman baru.
Semoga aku mengahadapinya dengan kesediaan menerima perubahan kerana muka jiwa aku ini degil, hati batu, malas,
Haha.

Tinggal.

No comments: